Halaman

Isnin, 5 September 2011

Selamat Hari Raya AidilFitRi....!!!

Hari ni 5 September 2011 bersamaan 7 Syawal 1432H..Sudah lama kawe x update blog ni..Apakabar ye korang..dah makan?mandi udah ke?happy x cuti merdekaraya?banyak pula tanya...Apa2 je la..biarkan ia..

Rasanya x lewat untuk kawe ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin & muslimat...




Jumaat, 22 Julai 2011

From the Bottom of My Heart

::malam ni rasa tiba2 nak jiwang wehss..siapa2 x ada perasaan baik xpayah baca la..ini untuk orang ada perasaan je..Harap maklum..

Kepada : SHAM MATAHATI

Menatap indahnya senyuman diwajahmu 
Membuatku terdiam dan terpaku 
Mengerti akan hadirnya citra terindah 
Bila kau peluk mesra tubuhku 

Banyak kata yang tak mampu 
Kuungkapkan kepada dirimu... 

Aku ingin engkau selalu 
Hadir dan temani aku 
Di setiap langkah yang menyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau selalu 
Hadir dan temani aku 
Di setiap langkah yang menyakiniku 
Kau tercipta untukku 

Pasti waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu 
Yang mencintaimu 
Sepanjang hidupku..


 (Sungguh hanyalah dirimu yang aku cintai dan Sungguhku kan disisimu hingga ku mati)

Ayg sertakan lagu ini utk Abg yang kusayangi agar Abg tahu bahawa walau pun apa keadaan dan apa pun yang akan terjadi nanti, ketahuilah bahawa Abg adalah insan yang Ayg cintai dari mula2 Ayg menyayangi dulu hingga ke saat ini...Cinta ini x luput dalam hati Ayg..tapi kenapa baru sekarang Abg beritahu semua ini yang Abg dah ada pilihan keluarga sebelum Ayg..adakah untuk hati ini disakiti & perasaan ini dipermainkan semata2..kenapa Abg xjujur?kenapa Abg bohong?kenapa??kenapa??.....NEVER SAY GOOD BYE

Rabu, 13 Julai 2011

Dulu Kau Pernah Katakan Sayang...

>>kisah ini menjadi pengajaran kepada semua pasangan kekasih ok.jgn jd mcm wanita di dalam cerita ini :)

Sepasang kekasih yang sudah lama menyulam sayang.mereka memang amat sayangkan satu sama lain.kadang2 perasaan tu tak terungkap dek kata-kata,hanya mampu mengatakan "ayang sayang abg sangat sangat"(perempuan) or ayang i want u to be my loved now and forever(lelaki).ya sangat indah bukan =) tapi mana lah ada manusia yang begitu sempurna di dalam dunia ini.si perempuan mempunyai ego yg amat tinggi,dia payah untuk berterus terang tentang perasaanya bahawa dia amat mencintai kekasihnya itu,malah lebih dari nyawanya sendiri,ya dia jarang meluangkan masanya untuk lelaki tersebut tapi tak pernah dia terfikir untuk curang di belakang kekasih yang amat dipujanya itu:(.Even si gadis tiada masa untuk sang lelaki tapi dia masih utuh dengan perasaanya tapi selama mana dia mampu bertahan.tanpa dia sedari dia melukakan hati sang wanita.kerana kesibukan sang wanita yang jarang ada untuk beliau jadi beliau mengambil keputusan utk mengenali atau sekadar berkawan dengan wanita lain di alam maya(tagged).

Hari meniti hari,bulan berganti bulan,,,siang malam pun berlalu.tinggal lagi berapa bulan genap setahun mereka bersama.sang gadis benar benar mencintai kekasihnya itu.terlalu sangat.tiada kata kata mampu di ucapkan.sekadar terbit di lubuk hati.sehinggakan sang lelaki pernah cakap'u tahu x i rasa u xserius pun dengan i kan,kenapa u langsung xpernah nak ambil berat tentang i,kenapa perlu ada perempun lain yg selalu ada untuk i,dengar luahan hati i selalu??'terguris hati sang wanita tiada siapa yg tahu.ya ada penghalang antara mereka.sang wanita terlalu menyayangi kekasihnya tanpa kekasihnya tahu betapa dalam nya perasaan itu.setiap luka di rawatnya sendiri.suatu petang sang lelaki telefon dan bertanya'kalau i nak ada skandal u bagi tak??',apakah perasaan anda jika lelaki yg amat anda cintai.yang amat anda sayang bertanya sebegitu rupa di saat anda benar benar mencintainya lebih dari sesiapa pun.


Sang gadis benar benar terluka,hanya Allah sahaja tahu betapa perit hatinya.dia tahan air mata yang mengalir,sang gadis menjawab tenang,'tak ape la kalu abg nak ada skandal pun,asalkan abg heppy,ayang xkisah tapi tolong jangan tinggal ayang je,please'ya kerana terlalu mencintai sang lelaki si gadis sanggup untuk berkorban asalkan kekasih yang amat dicintainya itu bahagia.sang lelaki menjadi berang laluu....'u memang tak pernah cintakan i kan.ok fine.i buat ape yg u suruh'.si gadis hanya mampuuu tersenyum dalam kepahitan yg tak terucap dek kata kata.biar lah dia bekorban asalkan kekasihnya itu bahagia.hanya mampu di ucapkan setelah talian di matikan..'abg,ayang sayang abg sangat2,ayang minta maaf,ayang cuma nak abg bahagia,tapi tolong lah jgn tinggalkan ayang.i love u so much'sambil menangis di sisi katil semahunya..tapi sang lelaki tak pernah tahu betapa sucinya hati gadis tersebut yang selama ini tulus mencintainya.setelah beberapa bulan berlalu,mereka berpisah malah sang lelaki sudah menjalani hidup baru dengan kekasih barunya.

Tapi si gadis masih mengharap dan mencari cinta yang hilang,rindu di hati hanya tuhan yg tahu.tapi dia tak rela merosakkan kebahagiaan mereka.dia lebih  rela dia yang terluka dari melihat kekasih baru lelaki tersebut yang terluka.mungkin sudah tiada jodoh buat mereka..masing masing meneruskan hidup tetapi lelaki tersebut masih mencarinya..masih dan terusss...setiap kali selepas lelaki tersebut menelefon dan ber'sms sang wanita pasti akan mengalirkan air matanya..dia xpasti air mata itu satu kegembiraan atau kesedihan..ingin sahaja dia berterus terang betapa dia mencintai lelaki tersebut,tapi dia x sanggup kerana hanya akan merosakkan kebahagiaan kekasih baru lelaki tersebut.Hingga kini gadis tersebut masih mencintai lelaki yang pernah melukakan hatinya itu.dia hanya mampu berdoa sekiranya ada jodoh antara mereka,insyallah dia sangggup mencuba sekali lagi mejalinkan cinta kembali yang pernah putus dulu..biarlah takdir yang menentukan segalanya...Assalamualaikum

(CINTA sebenar x dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya hati ikhlas & perbuatan sahaja menzahirkan segalanya)

p/s:B, honey rindu & sayang kat B..

Selasa, 5 Julai 2011

Ciri-ciri Suami Gee..

Fuh..Fuh..tolong tiup gak habuk2 kat laptop tu..rupa2 nya blog ni berabuk x update..hakhak..gee xtahu nak tulis apa di my blog ni..dah macam mati kutu..tapi tengah keboringan & tangan pun gatal nak menaip je..kita bakor je apa2 daa..SO nak habaq mai cuma nak kongsi pendapat tapi nak mencari jodoh apa salahnya..everybody mesti ada taste dan citarasa tersendiri terutama untuk future life..orang tua kata gee ni dah kategori layak kahwin & ada anak dah..huhu..glenya(gatal)dah datang..

Mama saya mahu kahwin...
Kahwin dengan siapa?
?????

Gee seperti wanita lain juga suka tengok jejaka ensem dan pakaian kemas tapi hanya tengok & puji je..x ade niat lebih dari itu..Gee kalau boleh yang penting sekali lelaki itu beriman..cukup la tahu hukum hakam agama ISLAM..sama2 menasihati diri masing2..gee teringin nak solat & baca al-quran bersama suami & anak2..terasa bahagianya..harap sudah..other than that gee nak lelaki yang memahami..apa gee maksudkan bila bersama nanti,dia seorang yang faham apa yang kita like and dislike..xmemaksa  kita buat something yang kita xnak kan..lagi2 gee nak lelaki yang sederhana..ok bila semua hal kita bersederhana walaupun hakikatnya dia mampu lebih dari itu(perkara-perkara tertentu aje)..sesuai dengan kehidupan gee yang di ajar dari kecil untuk sederhana..emm lagi, gee nak lelaki yang penyabar@penenang..bila kita dalam kesedihan & kemarahan dia dapat menenangkan kita dan bersabar dengan apa jua keadaan gee(mood perempuan xmenentu kan)..lagi..lagi..gee nak lelaki yang penyayang..dia mengambil berat sama ada tentang diri gee dan keluarga..so lelaki tu boleh masuk dengan all of my family,siblings ang my friends..bertapa bahagianya..romantik??mesti la nak lelaki yang romantik juga..kui3..mungkin gee ni berjiwa romantik juga..hehe..romantik di sini bukan la bagi hadiah yang mewah2.tapi cukup la satu kuntum bunga tulip,kiss or kata2 yang sweet tweety..rasa di awan-awangan je..layan2 beb..hakhak..ensem ke x..xpenting bagi gee..jika dapat yang ensem itu satu bonus..:>>this is the most important to b my future husband ^_^


contoh lelaki yg akan direject:-

1. x ada komitmen

2. x matchured

3.ego terlalu tinggi

4.kaki perempuan

5. banyak skandal

6.x ada pendirian

7.suka merokok

8.xada jiwa pemimpin

9.xmenghormati kaum wanita

10. hot tempered

11.suka memaksa

12.pengongkong tegar

13.boros

14.garang

15.pembohong tegar

16.xsuka berterus terang

17.cakap dan kelakuan xsopan

18.perahsia

19.x gentleman

20.penampilan yg serabut


ANDA MEMPUNYAI SEGALA CIRI-CIRI DI ATAS.MINTA MENJAUHI SAYA:))


p/s: nk tangkap gambar kawen macam ni bulih?hahaha

Tak perlu mencari teman sehebat Sulaiman,

andai diri tak secantik Balqis.

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof

jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim

Andai diri tak sekuat Siti Hajar.

Dan mengapa mendambakan teman hidup sesempurna Rasulullah

Kalau diri tak sehebat Siti Khadijah.

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu

Sebagai keunikan.

Carilah kebaikan pada dirinya

Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.

Dan berdoalah diakan terus menjadi milikmu…



Selasa, 21 Jun 2011

Pondok Usang Itu..


Pondok usang itu..
1001 kisah...
Menyimpan seribu makna..
Menantikan sebuah impian..
Melakar sebuah kehidupan..

Pondok usang itu..
Hanya menghitung hari..
Bersendirian seorang lelaki tua..
Bertemankan Al-quran buruk..
Radio lama sebagai penghibur..

Selasa, 14 Jun 2011

Tulang Rusuk Yang Patah

"Siapakah yang paling kamu cintai di dunia ini?" tanya si Dara.
"Sudah pasti kamu" balas Jejaka.
"Pada pandangan kamu, aku ini siapa?" tanya Dara lagi.
Jejaka terdiam sejenak, berfikir dan lalu menatap Dara dengan tenang dan berkata, "Kamu adalah tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuknya dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati."

Mereka kemudiannya menikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan yang kian mendera. Hidup mereka menjadi amat membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran,
Dara membentak, "Kamu tidak cintakkan aku lagi!"
Jejaka sangat benci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan membalas. "Aku juga menyesal menikah dengan kamu! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!"
Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah dan menatap Jejaka. Seakan tidak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah diucapkan. Tetapi seperti air yang telah tumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya dan bertekad untuk berpisah.

"Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."

Lima tahun kemudian...

Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah menikah dengan seseorang selepas itu tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka yang tahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tidak pernah diberi kesempatan untuk kembali. Dara tidak pernah menunggunya.
Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secara secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tetapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merinduikan Dara.

Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.
"Kamu apa khabar?" tanya Jejaka.
"Baik-baik saja. Hmm..apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?" tanya dara spontan.
"Belum." jawab Jejaka sepatah.
"Aku akan ke luar negara  esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi.." beritahu Dara.
"Telefon aku kalau kau sempat. Kau tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak berubah dan tak akan ada yang berubah." kata Jejaka.
Dara tersenyum kemudian berlalu.
Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemalangan dan meninggal.

Malam itu, sekali lagi Jejaka menghirup secawan kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri yang telah bodoh dia patahkan.

Selasa, 7 Jun 2011

"Aku Terima Nikahnya.."

best jugak baca buku ni..hehe

Asal je cuti sekolah..ramai je yang nak kahwin...asal je nak kahwin mesti cuti sekolah..entah kenapa nak kahwin masa cuti sekolah..bukan nak buat majlis kahwin di sekolah pun..tidak pernah dibuat dek orang pun..yang selalu orang buat di rumah atau di dewan je..

Bukan je pasangan pengantin dan keluarga mereka je yang sibuk..wedding planner & photographer pun sibuk juga termasuk la orang yang dijemput pun sibuk belanja hadiah dan memenuhi jemputan..1 hari mesti kena 2 atau lebih kad jemputan..kalau macam ni kite kena sediakan perut spare..huhu

3 gadis serupa tapi tak sama..

Sebenarnya disebalik "Aku terima nikahnya.." realitinya mengandungi 1001 kisah..kisahnya membuatkan seseorang itu rasa gembira,sedih,sakit hati,kecewa,marah dan sewaktu dengannya..Aku pun x terkecuali mempunyai perasaan itu..tapi mungkin x sama dengan perasaan pengantin sebab aku x pernah jadi pengantin pun lagi...entah bila la giliran ku..kena cari 'kunci pembuka hati' dulu la..


Sepanjang aku tinggal di perumahan ni x pernah lagi orang buat kenduri..aku ingatkan aku orang first rasmi buat sini...tup-tup orang lain pula jadi buat kenduri dulu...x ape la bukan rezeki ku lagi tapi aku turut gembira untuk keluarga pengantin..aku pun dapat banyak iktibar & muhasabah diri tentang hari-hari seperti ini..bertapa bernilainya sebuah perhubungan yang ikhlas..


~Apa-apa aku syorkan yang belum ade gf/bf/tunang/suami/mertua atau sudah ada..baca la buku ni dan fikir-fikirkan la..dengan lafaz tulus ikhlas aku ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU"..

"Bersyukur dengan kelebihan..Redha dengan kekurangannya"

Selasa, 24 Mei 2011

Zon Selesa & Ketenangan

Kamu semua mesti nak tahu kenapa tajuk sebegitu rupa..pada hari ini dan disaat aku menulis artikel ini bahawa aku sudah berasa selesa dan tenang dari segi mental dan fizikal..aku nak habaq mai ni tentang diriku(sleng utara plok dah)..seperti tulisanku sebelum ni..kenapa aku melibatkan diri dengan penulisan blog..aku xtahu nak luah siapa perasaan ini...saat rasa kecewa..sedih dan membuatkan hidupku x keruan..so adikku asmaq.husna cadangkan aku luah di sini..terima kasih adik..tapi blog lama yang dikarang mengenai aku & dia lelaki pertama pernah bertakhtah di hatiku sudah kemulu...

Dalam sejarah hidupku sebelum mengenali dia..percaya x..aku kata x pernah berdating dengan mana-mana lelaki bukan muhrim secara berdua-duaan..apatah lagi nak bercintan cintun dengan lelaki sejak zaman persekolahan lagi..aku juga menjaga batas pergaulan aku dengan mana-mana lelaki.. statement ni jujur ikhlas daripada hati nurani aku..aku ni skima molek..haha..tapi x ada rezeki juga nak masuk U..nakal sangat masa sekolah dulu-dulu..terima je la nasib..


Aku x nak kasih dan sayangku dikhianati dan dikecewakan oleh orang yang kusayang nanti..aku juga x nak berkongsi kasih  dan mencurangi perasaanku dan diri sendiri..aku juga x nak menggangu hubungan orang lain sebab aku percaya ia akan berbalik kepada kita nanti..walaubagaimana sekali pun aku akan cuba mempercayainya dan tabah walau banyak pandangan dan kata-kata nista terhadapku..aku juga harap cintaku terhadap seorang lelaki yang kuyakini menjadi teman hidupku iaitu suami buat selama-lamanya..

Permulaan hidupku mengenali seorang lelaki untuk aku cintai adalah pada umur 24 tahun..aku mohon pada ALLAH moga dia adalah pilihan yang tepat untuk aku kongsikan hidup ini..dan dia juga la satu-satunya lelaki yang akan aku sayangi dan akan terus hidup bersama-sama..namun siapa sangka apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang..bila cinta itu mula mekar berkembang dihati aku..badai pun melanda..sedih,kecewa dan sakit hati..aku berasa hidup aku sudah berakhir di dunia ini..

Disaat itu la aku rasa terumbang umbing..hidupku x keruan..makan minumku sudah berkurangan..disaat itu juga hidupku hanya bermain atau melayan perasaan sendiri dan bertemankan air mata..aku tidak tahu pada siapa untuk aku luahkan dan mengadu agar beban di dada ini berkurangan atau hilang..kesedihan dan kekecewaan yang aku rasa mungkin kerana aku menyalahkan diri dan masih tidak boleh memaafkan diri sendiri lagi..aku juga manusia biasa tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan atau kesalahan..tapi aku cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik cuma satu,ingatkan dan bimbinglah aku..betul orang kata bertapa kuat cinta kita terhadap manusia mengalahkan cinta kita kepada ALLAH S.W.T.Apa pun Aku akan sentiasa sujud kepada ALLAh yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui untuk aku pohon kekuatan dan semangat untuk aku menjalani kehidupan dan menghadapi segala dugaan yang mendatang dan menjadi hamba yang beriman..Aku juga mohon agar Tuhan tunjuk kebenarannya..

Bukan aku nak bangga diri tapi hakikatnya firasatku sebelum ini tidak pernah salah dan ia akan betul-betul berlaku..Salahkah aku curiga terhadap dia..pernah sekali aku curiga terhadap dia selama dia mengatakan untuk menangguhkan tarikh pernikahan kami hingga saat ini tanpa kata yang jelas..bahawa dia  sudah tiada hati dan mempunyai pilihan hati yang lain bila dia postkan satu gambar gelas di facebook(FB) nya..walaupun aku tidak dapat perjelasan yang sebenarnya...aku tahu dia sudah curang(maaf..perkataan yang sesuai kot) terhadap dirinya dan perasaanku..uisy itu hak dia la (hatiku berbicara)..apa yang aku tulis mengenai perasaanku di status FB pula adalah kerana dia..air mataku tidak pernah berhenti keluar daripada itu...bertapa sakit dan sedih bila orang yang kita sayang dan setia menantinya membuat kita 'umpama gantung tidak bertali'..

Aku berasa bertapa rendahnya martabat aku dipandangan dia..tapi aku terus menanti dan menunggu kata-kata yang jelas atau rasmi daripada dia ataupun keluarganya tentang hubungan kami sehingga saat ini..aku x nak aku sahaja memendam perasaan aku terhadap dia..aku juga x nak mensia-siakan perasaan aku ini..lebih baik aku serahkan pada insan yang betul-betul ikhlas dan sudi menerima aku seadanya pada masa akan datang..mengapa aku mengata begini..aku mempunyai perasaan dan ibu bapa sepertimana dia..bila sudah melibatkan ibu bapa dan apa-apa keputusan atau tindakan hendaklah diselasaikan secara betul juga..INSYAALLAH aku kuat dan tabah menghadapi segala kemungkinan yang berlaku jika ia menyakitkan sekali lagi..

Bila difikirkan semula bertapa bodoh dan jahilnya aku tentang cinta yang sebenarnya..silapnya aku melibatkan diri dengan mencintai seorang lelaki sedangkan aku tidak bersedia untuk disakiti & dikecewakan..walaubagaimana pun aku perlu bersyukur dan redha dengan ketentuan-Nya..ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Adil..Semua itu adalah ujian untuk diriku sebagai hambanya..

(^_^)..Cintailah Allah S.W.T.. Sayangilah Rasulullah S.A.W..Hormatilah Ibubapa..Kasihanilah diri sendiri..kebahagian pasti milik kita jua...La Tahzan apa yang berlaku hanya ujian daripada-Nya terhadap kita supaya kita lebih tabah dan menjadi hamba yang beriman..Walaupun kita kehilangan kasih sayang seorang insan bukan bermakna hidup kita ini sudah berakhir..ada lagi insan-insan lain yang ikhlas menyayangi kita..semua itu diluar pemikiran dan pandangan kasar kita saja..(^_^)

Jumaat, 20 Mei 2011

Sahabat Perempuan Vs Sahabat Lelaki

Sahabat atau teman atau kawan atau sewaktu dengannya..Setiap orang mesti dan perlu mempunyai sahabat lelaki ataupun perempuan..tanpa sahabat kita akan rasa sepi..korang pernah terfikir ke keistimewaan dan kekurangan dalam bersahabat dengan perempuan dan lelaki ..

1) Jika sahabat perempuan pasti akan rasa & tahu perasaan mereka akan sama dengan kita..mereka juga pasti memahami apa yang kita alami..bila meluahkan apa saja kepada mereka ada sahaja nasihat, pandangan atau kutukan selalu diberi..Jika sahabat lelaki bagus juga bagi aku..kalau yang selesa nak meluahkan apa-apa..mereka ini pasti pendengar setia tanpa banyak cakap..

2) Jika sahabat perempuan masuk bab shopping menyopping ni memang tidak boleh lari..lagi-lagi yang satu kepala..kalau pergi duit banyak balik dengan duit kurang..kadang-kadang tinggal syiling je..orang kata shopping sakan sangat la..Jika sahabat lelaki..entah la sebab tidak pernah lagi pergi shopping dengan mereka..

3) Jika sahabat perempuan kalau bab hobi melancong..yang satu kepala bagus la..boleh la enjoy sama-sama..tapi kalu yang tak duduk kat rumah je la..takkan la nak pergi sorang-sorang..dia tengok kita,kita tengok dia..bertambah tension..Jika sahabat lelaki yang kaki jalan..belum kita ajak dia ajak dulu..lagi suka dia driver..boleh la relaks2..hehe

4) Jika sahabat perempuan pergi bersama-sama makan di kedai atau restoran..masa bayar mesti bayar masing-masing..masa baru-baru gaji je boleh belanja kawan-kawan...Jika sahabat lelaki keluar makan bersama-sama, mereka yang akan bayar selalu..mungkin nampak gentleman kot..save budjet bagi perempuan

5) Jika sahabat perempuan jumpa kawan yang lain atau dah ade boyfriend atau pun sudah kahwin..pastikan lupa atau tak ada masa untuk dengan kita..yang belum kahwin itu masalah..bila dah bosan atau kawan atau boyfriend dah x ade baru nak cari kita semula..sedihnya hati ini..Jika sahabat lelaki pula pasti akan ajak kita dan perkenalkan kepada kawan dia..sahabat yang sudah kahwin kita faham dan hubungan itu kita akan berasa jauh sebab apa-apa aktiviti tidak boleh join tanpa kebenaran suami dan kepercayaan isteri..so kena jarakkan hubungan kita supaya rumahtangga mereka terjaga..

Pesanan dariku : Sebaik mana pun sahabat kita.kita perlu berhati-hati dan menjaga batas pergaulan supaya hubungan itu diberkati dan tidak memakan diri..



Khamis, 5 Mei 2011

Jalan-Jalan Cari Pasal..28/4-3/5/2011





penantian menguji kesabaran..
teman setia...i love u..
rabun mata..tak tahu nak yang mana satu..
make over for karangkraf..hehe
kelaparan yang tak terkata..
keletihan..kegembiraan..

Isnin, 2 Mei 2011

BibirMu BibirKu..

Siapa tak nak cantik..semua orang nak cantik sama ada dari segi luaran mahupun dalaman..Kecantikan sinonim dengan wanita..untuk kelihatan cantik luaran macam-macam cara wanita akan lakukan..samada mengubah penampilan, make up, pembedahan mahupun suntikan..ada yang mahu kelihatan seperti body Rozita Che Wan, bibir Angelina Jolie, Mata Aishwarya Rai, hidung macung la..hahaa


Aku pun mahu kelihatan cantik tapi aku alahan pada alat solek terutama lipstik, lips gloss dan semua berkaitan dengan bibir..nak cantik..nak cantik juga..
muuaahh..!!!


Aku ada hadiri satu sesi photography but kena make over supaya gambar yang dihasilkan itu cantik..Aku pun biar la orang nak buat apa kat bibirku (nak pakai lipstik ke..lipsgloss ke..)diri pun nk la bibir nampak cantik..x ade la kering dan pucat ni..


Lepas tu nah kau rasakan bibir over botox..bukan aku tak bersyukur tapi sakit,pedih dan nak bercakap dan senyum pun paksa..lepas ni tak nak dah gatal-gatal pakai benda di bibir..
Senyum paksa..

Sabtu, 30 April 2011

Masih aDa Dara Lagi Ke?

Haa Kalu nak tau cuba baca dan perhatikan..wallahualam..

MATA
Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati…..
Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam (rosak) bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata disamping warna hitam dibawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeri
put).
 

BIBIR
Lepas mata kita akan lihat bibirnya..Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.


HIDUNG
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, kadang-kadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan..? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..

DAHI
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila sudah melakukan hubungan seksual licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan itu tandanya sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, jika kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.

GARIS TAPAK TANGAN
Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergik), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain ^_*.

Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan ? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. Alhamdulillah, nampaknya masih suci.


P/S : Yang menguji adalah orang laki-laki..Pakai Sarung tangan..aurat nak kena jaga..( ^_^ )

JARI TANGAN
Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?

Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan) , tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..


LEHER
Sesetengah gadis saje yang boleh lihat sebab ada yang tutup litup..Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar denganlelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas dileher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak.

BUAH DADA (PAYUDARA)
Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.

Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang
berbeza.


PERUT
Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.

KEMALUAN
Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.


RAMBUT
Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).



Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Selasa, 26 April 2011

GamBar Anak SauDaraKu 1

Kering idea dah x tahu nak tulis apa...cuci mata tengok gambar ni je la..

 Nuwairah (18 Jan 2006) & Nusaibah (18 Jun 2007)

Najihah - Okt 2009

Muhammad Al-Hafiy - 19 April 2008
Nurin Nasuha - 1 Jul 2008
Nur Alisya Insyirah - 14 Dis 2010

Nurin Nafiza - 21 Apr 2011

Sepupuku 
 Izwan & Naufal



Ahad, 24 April 2011

Sesi Soal Hati Dengan Tok Ayah

23 April 2011 00.00 a.m
Tok Ayah : Bagaimana sekarang teh(panggilan manja dalam keluarga) dengan die?
Aku : Ok je..
Tok Ayah : Kenapa kelihatan kurus je?
Aku : Isy biasa je seperti dulu la..
Tok Ayah : Teh masih berhubung dengan die lagi?
Aku : Ya kami masih lagi berhubung..kenapa tok ayah?
Tok Ayah : X ade kenapa2..tok ayah faham..teh sedihkan..
Aku : Mula2 memang sedih sangat..tapi sekarang dah boleh control dah..
Tok Ayah : Bagaimana dengan hati teh..masih ade sayang kat die?
Aku : Masih ade tok ayah..teh akan tetap sayang kat die..
Tok Ayah : Payah la gini gak nak terima lelaki lain dihati..
Aku : X ape tok ayah..ini masa sekarang..masa akan datang kite x tahu lagi macam mana..
Tok Ayah : Tahu..teh ni baik,lemah lembut tapi kasar..keras hati pula tu..
Aku : (Sengeh je..sebab betul gak tu..)
Tok Ayah : Bagaimana & kenapa teh suka pada die dulu?
Aku : Kami berkenalan melalui FB..1st time jumpa & keluar di Gua Musang (itu pun bawa Hafiy bersama)..seterusnya x bawa teman dah sebab pandai2 la jaga diri..kan dah besar..
Tok Ayah : Kenapa suka kat sham?Hensem?Hartanya?
Aku : Sengeh sekejap..Hensem? x la tapi teh suka tengok muka die la..harta? x juga teh kan kerja teh boleh cari sendiri..x nak mengharap harta orang ni..teh pun x ambil tahu berapa banyak harta die..bagi teh xpenting..setakat kenal die ada ciri2 yang membuatkan teh tepikat..hehe
Tok Ayah : Bagaimana perasaan bila keluar pertama kali berdua dengan lelaki?
Aku : Entah la..yang pasti nak ketemu lagi..dan lagi dengan die..malam ni die ajak keluar tapi nk buat ape xjadi juga sebab teh balik sini (p.puteh)
Tok Ayah : Cerita sebenarnya kenapa jadi macam ni?
Aku : Semua silap teh tok ayah..die xsalah apa2 pun..kerana ikutkan perasaan sendiri ini la akibatnya..teh mintak maaf dan x nak ulanginya lagi..(usaha sekat air mata keluar)
Tok Ayah : Selalu la solat hajat & tahajjud & baca al-quran..ketenangan pasti ada di situ..teh kena percaya rezeki, hidup mati, jodoh pertemuan & perpisahan semua atas ketentuan-Nya..kite kena bersyukur dan redha..
Aku : Terima ksih tok ayah..(terharu)

~Semua orang buleh kata aku x ade masalah nak cari yang lain..cantik kan(aku rasa biasa je)..kerja pun ada(alhamdulilah)..xkemana cantik & hensem luaran je sebab bila menginjak usia senja dah x ada dah..yang penting perangai & hati..yang tu la akan membuatkan hubungan sesama2 manusia berkekalan..

New Born Day..

Alhamdulillah,kakakku telah selamat melahirkan seorang anak perempuan ke-2 yang comel pada 21 April 2011 jam 13.13..lepas kerja aku dan ma bertolak ke HUSM,KB..memang penat la dah la puasa tapi aku anggap sebagai dugaan untuk last day puasa ganti...

Kak pula nak makan nasi ikan bakar...aku x tahu nak cari mana..nak tanya siapa pun x tahu..aku pun tanya Shamsi a.k.a Sham..alhamdulillah ada & boleh tunaikan hajat kakakku..

Ade lagi berita gembira bagiku..x tahu la kalau korang baca menyampah..Sham ajak aku keluar esok..entah kenapa tiba-tiba hatiku berasa riang..aku masih impikannya kot..tapi aku xpasti sebenar nak keluar ke x dengan die..kot die dah jadi bakal suami untuk seorang wanita..aku nak elak keluar dengan pakwe/tunang/suami orang & melukakan hati seorang wanita..

Malamnya aku tumpang tidur umah bapa saudara aku di Jalan Bayam..ma pula teman kak di hospital..

Khamis, 21 April 2011

HapPy BirThDay My Little PrinCe...

19 April lahirnya seorang putera mujahid dan diberi nama MUHAMMAD AL-HAFIY BIN MD AL-FIAN(mykid)..hari ni genap la 3 tahun kelahirannya di muka bumi terindah ini ciptaan ALLAH s.w.t


So sempena tarikh ini..aku balik kerja awal sikit..semata-mata nak buat kek kepada orang yang aku sayangi..aku memamg la xpandai kalau bab masak-memasak ni...memang fial la..itu orang tua2 kata 'kalau x reti nak masak xboleh kahwin..'ade betulnya juga x kan nak bagi suami & anak-anak makan masakan segera setiap hari je..kite berbalik kepada putera tadi..


..ini la putera a.k.a my nephew..

Hajatnya nak buat kek sebab kecantikan & kemanisannya mungkin boleh membuatkan mereka gembira dan terharu..nak tau x apa jadi?kek bertukar menjadi Apam Polka Dot..hakhak..alhamdulillah hafiy sukakannya..nak buat senang aje..next entry aku postkan bahan2 dan caranya..so cuci mata je la dulu deh..

~~Kek Blueberry Cheese~~

~~Apam Polka Dot~~

Present from Umi, Abi, Ayah Ngah & Ayah Cik..

10p.m majlis pun selesai..aku pun usyar2 FB la kejap..tiba2 perasaan 'happiness' aku bertukar bila terlihat foto seseorang..aku perlu bangkit dan meng'happy'kan diri..aku cuba tapi xboleh..sedih yang amat sangat sampai air jernih di mataku ingin mengalir keluar dari kelopaknya..moga puasa aku esok hari dapat bangkitkan semangat yang luntur ni dek matahari...