Halaman

Selasa, 24 Mei 2011

Zon Selesa & Ketenangan

Kamu semua mesti nak tahu kenapa tajuk sebegitu rupa..pada hari ini dan disaat aku menulis artikel ini bahawa aku sudah berasa selesa dan tenang dari segi mental dan fizikal..aku nak habaq mai ni tentang diriku(sleng utara plok dah)..seperti tulisanku sebelum ni..kenapa aku melibatkan diri dengan penulisan blog..aku xtahu nak luah siapa perasaan ini...saat rasa kecewa..sedih dan membuatkan hidupku x keruan..so adikku asmaq.husna cadangkan aku luah di sini..terima kasih adik..tapi blog lama yang dikarang mengenai aku & dia lelaki pertama pernah bertakhtah di hatiku sudah kemulu...

Dalam sejarah hidupku sebelum mengenali dia..percaya x..aku kata x pernah berdating dengan mana-mana lelaki bukan muhrim secara berdua-duaan..apatah lagi nak bercintan cintun dengan lelaki sejak zaman persekolahan lagi..aku juga menjaga batas pergaulan aku dengan mana-mana lelaki.. statement ni jujur ikhlas daripada hati nurani aku..aku ni skima molek..haha..tapi x ada rezeki juga nak masuk U..nakal sangat masa sekolah dulu-dulu..terima je la nasib..


Aku x nak kasih dan sayangku dikhianati dan dikecewakan oleh orang yang kusayang nanti..aku juga x nak berkongsi kasih  dan mencurangi perasaanku dan diri sendiri..aku juga x nak menggangu hubungan orang lain sebab aku percaya ia akan berbalik kepada kita nanti..walaubagaimana sekali pun aku akan cuba mempercayainya dan tabah walau banyak pandangan dan kata-kata nista terhadapku..aku juga harap cintaku terhadap seorang lelaki yang kuyakini menjadi teman hidupku iaitu suami buat selama-lamanya..

Permulaan hidupku mengenali seorang lelaki untuk aku cintai adalah pada umur 24 tahun..aku mohon pada ALLAH moga dia adalah pilihan yang tepat untuk aku kongsikan hidup ini..dan dia juga la satu-satunya lelaki yang akan aku sayangi dan akan terus hidup bersama-sama..namun siapa sangka apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang..bila cinta itu mula mekar berkembang dihati aku..badai pun melanda..sedih,kecewa dan sakit hati..aku berasa hidup aku sudah berakhir di dunia ini..

Disaat itu la aku rasa terumbang umbing..hidupku x keruan..makan minumku sudah berkurangan..disaat itu juga hidupku hanya bermain atau melayan perasaan sendiri dan bertemankan air mata..aku tidak tahu pada siapa untuk aku luahkan dan mengadu agar beban di dada ini berkurangan atau hilang..kesedihan dan kekecewaan yang aku rasa mungkin kerana aku menyalahkan diri dan masih tidak boleh memaafkan diri sendiri lagi..aku juga manusia biasa tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan atau kesalahan..tapi aku cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik cuma satu,ingatkan dan bimbinglah aku..betul orang kata bertapa kuat cinta kita terhadap manusia mengalahkan cinta kita kepada ALLAH S.W.T.Apa pun Aku akan sentiasa sujud kepada ALLAh yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui untuk aku pohon kekuatan dan semangat untuk aku menjalani kehidupan dan menghadapi segala dugaan yang mendatang dan menjadi hamba yang beriman..Aku juga mohon agar Tuhan tunjuk kebenarannya..

Bukan aku nak bangga diri tapi hakikatnya firasatku sebelum ini tidak pernah salah dan ia akan betul-betul berlaku..Salahkah aku curiga terhadap dia..pernah sekali aku curiga terhadap dia selama dia mengatakan untuk menangguhkan tarikh pernikahan kami hingga saat ini tanpa kata yang jelas..bahawa dia  sudah tiada hati dan mempunyai pilihan hati yang lain bila dia postkan satu gambar gelas di facebook(FB) nya..walaupun aku tidak dapat perjelasan yang sebenarnya...aku tahu dia sudah curang(maaf..perkataan yang sesuai kot) terhadap dirinya dan perasaanku..uisy itu hak dia la (hatiku berbicara)..apa yang aku tulis mengenai perasaanku di status FB pula adalah kerana dia..air mataku tidak pernah berhenti keluar daripada itu...bertapa sakit dan sedih bila orang yang kita sayang dan setia menantinya membuat kita 'umpama gantung tidak bertali'..

Aku berasa bertapa rendahnya martabat aku dipandangan dia..tapi aku terus menanti dan menunggu kata-kata yang jelas atau rasmi daripada dia ataupun keluarganya tentang hubungan kami sehingga saat ini..aku x nak aku sahaja memendam perasaan aku terhadap dia..aku juga x nak mensia-siakan perasaan aku ini..lebih baik aku serahkan pada insan yang betul-betul ikhlas dan sudi menerima aku seadanya pada masa akan datang..mengapa aku mengata begini..aku mempunyai perasaan dan ibu bapa sepertimana dia..bila sudah melibatkan ibu bapa dan apa-apa keputusan atau tindakan hendaklah diselasaikan secara betul juga..INSYAALLAH aku kuat dan tabah menghadapi segala kemungkinan yang berlaku jika ia menyakitkan sekali lagi..

Bila difikirkan semula bertapa bodoh dan jahilnya aku tentang cinta yang sebenarnya..silapnya aku melibatkan diri dengan mencintai seorang lelaki sedangkan aku tidak bersedia untuk disakiti & dikecewakan..walaubagaimana pun aku perlu bersyukur dan redha dengan ketentuan-Nya..ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Adil..Semua itu adalah ujian untuk diriku sebagai hambanya..

(^_^)..Cintailah Allah S.W.T.. Sayangilah Rasulullah S.A.W..Hormatilah Ibubapa..Kasihanilah diri sendiri..kebahagian pasti milik kita jua...La Tahzan apa yang berlaku hanya ujian daripada-Nya terhadap kita supaya kita lebih tabah dan menjadi hamba yang beriman..Walaupun kita kehilangan kasih sayang seorang insan bukan bermakna hidup kita ini sudah berakhir..ada lagi insan-insan lain yang ikhlas menyayangi kita..semua itu diluar pemikiran dan pandangan kasar kita saja..(^_^)

Jumaat, 20 Mei 2011

Sahabat Perempuan Vs Sahabat Lelaki

Sahabat atau teman atau kawan atau sewaktu dengannya..Setiap orang mesti dan perlu mempunyai sahabat lelaki ataupun perempuan..tanpa sahabat kita akan rasa sepi..korang pernah terfikir ke keistimewaan dan kekurangan dalam bersahabat dengan perempuan dan lelaki ..

1) Jika sahabat perempuan pasti akan rasa & tahu perasaan mereka akan sama dengan kita..mereka juga pasti memahami apa yang kita alami..bila meluahkan apa saja kepada mereka ada sahaja nasihat, pandangan atau kutukan selalu diberi..Jika sahabat lelaki bagus juga bagi aku..kalau yang selesa nak meluahkan apa-apa..mereka ini pasti pendengar setia tanpa banyak cakap..

2) Jika sahabat perempuan masuk bab shopping menyopping ni memang tidak boleh lari..lagi-lagi yang satu kepala..kalau pergi duit banyak balik dengan duit kurang..kadang-kadang tinggal syiling je..orang kata shopping sakan sangat la..Jika sahabat lelaki..entah la sebab tidak pernah lagi pergi shopping dengan mereka..

3) Jika sahabat perempuan kalau bab hobi melancong..yang satu kepala bagus la..boleh la enjoy sama-sama..tapi kalu yang tak duduk kat rumah je la..takkan la nak pergi sorang-sorang..dia tengok kita,kita tengok dia..bertambah tension..Jika sahabat lelaki yang kaki jalan..belum kita ajak dia ajak dulu..lagi suka dia driver..boleh la relaks2..hehe

4) Jika sahabat perempuan pergi bersama-sama makan di kedai atau restoran..masa bayar mesti bayar masing-masing..masa baru-baru gaji je boleh belanja kawan-kawan...Jika sahabat lelaki keluar makan bersama-sama, mereka yang akan bayar selalu..mungkin nampak gentleman kot..save budjet bagi perempuan

5) Jika sahabat perempuan jumpa kawan yang lain atau dah ade boyfriend atau pun sudah kahwin..pastikan lupa atau tak ada masa untuk dengan kita..yang belum kahwin itu masalah..bila dah bosan atau kawan atau boyfriend dah x ade baru nak cari kita semula..sedihnya hati ini..Jika sahabat lelaki pula pasti akan ajak kita dan perkenalkan kepada kawan dia..sahabat yang sudah kahwin kita faham dan hubungan itu kita akan berasa jauh sebab apa-apa aktiviti tidak boleh join tanpa kebenaran suami dan kepercayaan isteri..so kena jarakkan hubungan kita supaya rumahtangga mereka terjaga..

Pesanan dariku : Sebaik mana pun sahabat kita.kita perlu berhati-hati dan menjaga batas pergaulan supaya hubungan itu diberkati dan tidak memakan diri..



Khamis, 5 Mei 2011

Jalan-Jalan Cari Pasal..28/4-3/5/2011





penantian menguji kesabaran..
teman setia...i love u..
rabun mata..tak tahu nak yang mana satu..
make over for karangkraf..hehe
kelaparan yang tak terkata..
keletihan..kegembiraan..

Isnin, 2 Mei 2011

BibirMu BibirKu..

Siapa tak nak cantik..semua orang nak cantik sama ada dari segi luaran mahupun dalaman..Kecantikan sinonim dengan wanita..untuk kelihatan cantik luaran macam-macam cara wanita akan lakukan..samada mengubah penampilan, make up, pembedahan mahupun suntikan..ada yang mahu kelihatan seperti body Rozita Che Wan, bibir Angelina Jolie, Mata Aishwarya Rai, hidung macung la..hahaa


Aku pun mahu kelihatan cantik tapi aku alahan pada alat solek terutama lipstik, lips gloss dan semua berkaitan dengan bibir..nak cantik..nak cantik juga..
muuaahh..!!!


Aku ada hadiri satu sesi photography but kena make over supaya gambar yang dihasilkan itu cantik..Aku pun biar la orang nak buat apa kat bibirku (nak pakai lipstik ke..lipsgloss ke..)diri pun nk la bibir nampak cantik..x ade la kering dan pucat ni..


Lepas tu nah kau rasakan bibir over botox..bukan aku tak bersyukur tapi sakit,pedih dan nak bercakap dan senyum pun paksa..lepas ni tak nak dah gatal-gatal pakai benda di bibir..
Senyum paksa..