Halaman

Jumaat, 22 Julai 2011

From the Bottom of My Heart

::malam ni rasa tiba2 nak jiwang wehss..siapa2 x ada perasaan baik xpayah baca la..ini untuk orang ada perasaan je..Harap maklum..

Kepada : SHAM MATAHATI

Menatap indahnya senyuman diwajahmu 
Membuatku terdiam dan terpaku 
Mengerti akan hadirnya citra terindah 
Bila kau peluk mesra tubuhku 

Banyak kata yang tak mampu 
Kuungkapkan kepada dirimu... 

Aku ingin engkau selalu 
Hadir dan temani aku 
Di setiap langkah yang menyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau selalu 
Hadir dan temani aku 
Di setiap langkah yang menyakiniku 
Kau tercipta untukku 

Pasti waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu 
Yang mencintaimu 
Sepanjang hidupku..


 (Sungguh hanyalah dirimu yang aku cintai dan Sungguhku kan disisimu hingga ku mati)

Ayg sertakan lagu ini utk Abg yang kusayangi agar Abg tahu bahawa walau pun apa keadaan dan apa pun yang akan terjadi nanti, ketahuilah bahawa Abg adalah insan yang Ayg cintai dari mula2 Ayg menyayangi dulu hingga ke saat ini...Cinta ini x luput dalam hati Ayg..tapi kenapa baru sekarang Abg beritahu semua ini yang Abg dah ada pilihan keluarga sebelum Ayg..adakah untuk hati ini disakiti & perasaan ini dipermainkan semata2..kenapa Abg xjujur?kenapa Abg bohong?kenapa??kenapa??.....NEVER SAY GOOD BYE

Rabu, 13 Julai 2011

Dulu Kau Pernah Katakan Sayang...

>>kisah ini menjadi pengajaran kepada semua pasangan kekasih ok.jgn jd mcm wanita di dalam cerita ini :)

Sepasang kekasih yang sudah lama menyulam sayang.mereka memang amat sayangkan satu sama lain.kadang2 perasaan tu tak terungkap dek kata-kata,hanya mampu mengatakan "ayang sayang abg sangat sangat"(perempuan) or ayang i want u to be my loved now and forever(lelaki).ya sangat indah bukan =) tapi mana lah ada manusia yang begitu sempurna di dalam dunia ini.si perempuan mempunyai ego yg amat tinggi,dia payah untuk berterus terang tentang perasaanya bahawa dia amat mencintai kekasihnya itu,malah lebih dari nyawanya sendiri,ya dia jarang meluangkan masanya untuk lelaki tersebut tapi tak pernah dia terfikir untuk curang di belakang kekasih yang amat dipujanya itu:(.Even si gadis tiada masa untuk sang lelaki tapi dia masih utuh dengan perasaanya tapi selama mana dia mampu bertahan.tanpa dia sedari dia melukakan hati sang wanita.kerana kesibukan sang wanita yang jarang ada untuk beliau jadi beliau mengambil keputusan utk mengenali atau sekadar berkawan dengan wanita lain di alam maya(tagged).

Hari meniti hari,bulan berganti bulan,,,siang malam pun berlalu.tinggal lagi berapa bulan genap setahun mereka bersama.sang gadis benar benar mencintai kekasihnya itu.terlalu sangat.tiada kata kata mampu di ucapkan.sekadar terbit di lubuk hati.sehinggakan sang lelaki pernah cakap'u tahu x i rasa u xserius pun dengan i kan,kenapa u langsung xpernah nak ambil berat tentang i,kenapa perlu ada perempun lain yg selalu ada untuk i,dengar luahan hati i selalu??'terguris hati sang wanita tiada siapa yg tahu.ya ada penghalang antara mereka.sang wanita terlalu menyayangi kekasihnya tanpa kekasihnya tahu betapa dalam nya perasaan itu.setiap luka di rawatnya sendiri.suatu petang sang lelaki telefon dan bertanya'kalau i nak ada skandal u bagi tak??',apakah perasaan anda jika lelaki yg amat anda cintai.yang amat anda sayang bertanya sebegitu rupa di saat anda benar benar mencintainya lebih dari sesiapa pun.


Sang gadis benar benar terluka,hanya Allah sahaja tahu betapa perit hatinya.dia tahan air mata yang mengalir,sang gadis menjawab tenang,'tak ape la kalu abg nak ada skandal pun,asalkan abg heppy,ayang xkisah tapi tolong jangan tinggal ayang je,please'ya kerana terlalu mencintai sang lelaki si gadis sanggup untuk berkorban asalkan kekasih yang amat dicintainya itu bahagia.sang lelaki menjadi berang laluu....'u memang tak pernah cintakan i kan.ok fine.i buat ape yg u suruh'.si gadis hanya mampuuu tersenyum dalam kepahitan yg tak terucap dek kata kata.biar lah dia bekorban asalkan kekasihnya itu bahagia.hanya mampu di ucapkan setelah talian di matikan..'abg,ayang sayang abg sangat2,ayang minta maaf,ayang cuma nak abg bahagia,tapi tolong lah jgn tinggalkan ayang.i love u so much'sambil menangis di sisi katil semahunya..tapi sang lelaki tak pernah tahu betapa sucinya hati gadis tersebut yang selama ini tulus mencintainya.setelah beberapa bulan berlalu,mereka berpisah malah sang lelaki sudah menjalani hidup baru dengan kekasih barunya.

Tapi si gadis masih mengharap dan mencari cinta yang hilang,rindu di hati hanya tuhan yg tahu.tapi dia tak rela merosakkan kebahagiaan mereka.dia lebih  rela dia yang terluka dari melihat kekasih baru lelaki tersebut yang terluka.mungkin sudah tiada jodoh buat mereka..masing masing meneruskan hidup tetapi lelaki tersebut masih mencarinya..masih dan terusss...setiap kali selepas lelaki tersebut menelefon dan ber'sms sang wanita pasti akan mengalirkan air matanya..dia xpasti air mata itu satu kegembiraan atau kesedihan..ingin sahaja dia berterus terang betapa dia mencintai lelaki tersebut,tapi dia x sanggup kerana hanya akan merosakkan kebahagiaan kekasih baru lelaki tersebut.Hingga kini gadis tersebut masih mencintai lelaki yang pernah melukakan hatinya itu.dia hanya mampu berdoa sekiranya ada jodoh antara mereka,insyallah dia sangggup mencuba sekali lagi mejalinkan cinta kembali yang pernah putus dulu..biarlah takdir yang menentukan segalanya...Assalamualaikum

(CINTA sebenar x dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya hati ikhlas & perbuatan sahaja menzahirkan segalanya)

p/s:B, honey rindu & sayang kat B..

Selasa, 5 Julai 2011

Ciri-ciri Suami Gee..

Fuh..Fuh..tolong tiup gak habuk2 kat laptop tu..rupa2 nya blog ni berabuk x update..hakhak..gee xtahu nak tulis apa di my blog ni..dah macam mati kutu..tapi tengah keboringan & tangan pun gatal nak menaip je..kita bakor je apa2 daa..SO nak habaq mai cuma nak kongsi pendapat tapi nak mencari jodoh apa salahnya..everybody mesti ada taste dan citarasa tersendiri terutama untuk future life..orang tua kata gee ni dah kategori layak kahwin & ada anak dah..huhu..glenya(gatal)dah datang..

Mama saya mahu kahwin...
Kahwin dengan siapa?
?????

Gee seperti wanita lain juga suka tengok jejaka ensem dan pakaian kemas tapi hanya tengok & puji je..x ade niat lebih dari itu..Gee kalau boleh yang penting sekali lelaki itu beriman..cukup la tahu hukum hakam agama ISLAM..sama2 menasihati diri masing2..gee teringin nak solat & baca al-quran bersama suami & anak2..terasa bahagianya..harap sudah..other than that gee nak lelaki yang memahami..apa gee maksudkan bila bersama nanti,dia seorang yang faham apa yang kita like and dislike..xmemaksa  kita buat something yang kita xnak kan..lagi2 gee nak lelaki yang sederhana..ok bila semua hal kita bersederhana walaupun hakikatnya dia mampu lebih dari itu(perkara-perkara tertentu aje)..sesuai dengan kehidupan gee yang di ajar dari kecil untuk sederhana..emm lagi, gee nak lelaki yang penyabar@penenang..bila kita dalam kesedihan & kemarahan dia dapat menenangkan kita dan bersabar dengan apa jua keadaan gee(mood perempuan xmenentu kan)..lagi..lagi..gee nak lelaki yang penyayang..dia mengambil berat sama ada tentang diri gee dan keluarga..so lelaki tu boleh masuk dengan all of my family,siblings ang my friends..bertapa bahagianya..romantik??mesti la nak lelaki yang romantik juga..kui3..mungkin gee ni berjiwa romantik juga..hehe..romantik di sini bukan la bagi hadiah yang mewah2.tapi cukup la satu kuntum bunga tulip,kiss or kata2 yang sweet tweety..rasa di awan-awangan je..layan2 beb..hakhak..ensem ke x..xpenting bagi gee..jika dapat yang ensem itu satu bonus..:>>this is the most important to b my future husband ^_^


contoh lelaki yg akan direject:-

1. x ada komitmen

2. x matchured

3.ego terlalu tinggi

4.kaki perempuan

5. banyak skandal

6.x ada pendirian

7.suka merokok

8.xada jiwa pemimpin

9.xmenghormati kaum wanita

10. hot tempered

11.suka memaksa

12.pengongkong tegar

13.boros

14.garang

15.pembohong tegar

16.xsuka berterus terang

17.cakap dan kelakuan xsopan

18.perahsia

19.x gentleman

20.penampilan yg serabut


ANDA MEMPUNYAI SEGALA CIRI-CIRI DI ATAS.MINTA MENJAUHI SAYA:))


p/s: nk tangkap gambar kawen macam ni bulih?hahaha

Tak perlu mencari teman sehebat Sulaiman,

andai diri tak secantik Balqis.

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof

jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim

Andai diri tak sekuat Siti Hajar.

Dan mengapa mendambakan teman hidup sesempurna Rasulullah

Kalau diri tak sehebat Siti Khadijah.

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu

Sebagai keunikan.

Carilah kebaikan pada dirinya

Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.

Dan berdoalah diakan terus menjadi milikmu…