Halaman

Jumaat, 20 Mei 2011

Sahabat Perempuan Vs Sahabat Lelaki

Sahabat atau teman atau kawan atau sewaktu dengannya..Setiap orang mesti dan perlu mempunyai sahabat lelaki ataupun perempuan..tanpa sahabat kita akan rasa sepi..korang pernah terfikir ke keistimewaan dan kekurangan dalam bersahabat dengan perempuan dan lelaki ..

1) Jika sahabat perempuan pasti akan rasa & tahu perasaan mereka akan sama dengan kita..mereka juga pasti memahami apa yang kita alami..bila meluahkan apa saja kepada mereka ada sahaja nasihat, pandangan atau kutukan selalu diberi..Jika sahabat lelaki bagus juga bagi aku..kalau yang selesa nak meluahkan apa-apa..mereka ini pasti pendengar setia tanpa banyak cakap..

2) Jika sahabat perempuan masuk bab shopping menyopping ni memang tidak boleh lari..lagi-lagi yang satu kepala..kalau pergi duit banyak balik dengan duit kurang..kadang-kadang tinggal syiling je..orang kata shopping sakan sangat la..Jika sahabat lelaki..entah la sebab tidak pernah lagi pergi shopping dengan mereka..

3) Jika sahabat perempuan kalau bab hobi melancong..yang satu kepala bagus la..boleh la enjoy sama-sama..tapi kalu yang tak duduk kat rumah je la..takkan la nak pergi sorang-sorang..dia tengok kita,kita tengok dia..bertambah tension..Jika sahabat lelaki yang kaki jalan..belum kita ajak dia ajak dulu..lagi suka dia driver..boleh la relaks2..hehe

4) Jika sahabat perempuan pergi bersama-sama makan di kedai atau restoran..masa bayar mesti bayar masing-masing..masa baru-baru gaji je boleh belanja kawan-kawan...Jika sahabat lelaki keluar makan bersama-sama, mereka yang akan bayar selalu..mungkin nampak gentleman kot..save budjet bagi perempuan

5) Jika sahabat perempuan jumpa kawan yang lain atau dah ade boyfriend atau pun sudah kahwin..pastikan lupa atau tak ada masa untuk dengan kita..yang belum kahwin itu masalah..bila dah bosan atau kawan atau boyfriend dah x ade baru nak cari kita semula..sedihnya hati ini..Jika sahabat lelaki pula pasti akan ajak kita dan perkenalkan kepada kawan dia..sahabat yang sudah kahwin kita faham dan hubungan itu kita akan berasa jauh sebab apa-apa aktiviti tidak boleh join tanpa kebenaran suami dan kepercayaan isteri..so kena jarakkan hubungan kita supaya rumahtangga mereka terjaga..

Pesanan dariku : Sebaik mana pun sahabat kita.kita perlu berhati-hati dan menjaga batas pergaulan supaya hubungan itu diberkati dan tidak memakan diri..



2 ulasan:

Asmaa Qasamah berkata...

sahabat yang baik dan mulia adalah sahabat yang sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah swt. jika kita teringatkan sahabat itu, pasti kita akan teringatkan Allah swt juga...

yah_gee86 berkata...

sungguh indah kata itu..