Halaman

Rabu, 12 Disember 2012

PhOtOshOot!!!!

Assalamualaikum...



Gambar-gambar Gee nak cuba & rasa je macam mana bila orang profesional amik gambar kita...alaaaa ala-ala talent atau model terrr....sorry perasan siket..hehe..JOM2 layan perasan ai!!!

at KB
Firts Photoshoot....
kaku seperti bangku..x tau nak posing macam mana..
orang suruh kita cuba buat je..jadi x..x tau la...maaf abam2 photographer

Second..
masih kaku lagi..xtau macam apa la...
yang ni di PCB, Kota Bharu

..seterusnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
at Padang Golf GM


PON..PON...keretapi lalu x caro doh..posing tetap posing...biar pun sakit belikat doh pun..

ALHAMDULILLAH...walaupun Gee simpan angan2 nak seperti model...cukup sahaja ALLAH memberi peluang ini...Gee dah bersyukur sangat..xlupa juga abam2 photographer...terima kasih kepada semua



http://Rzleytheshoots.1x.com/ @ http://rzleytheshoots.blogspot.com/


https://www.facebook.com/pages/Jari-Foto

https://www.facebook.com/pengemis.buta.14

https://www.facebook.com/nik.abdullah.98
https://www.facebook.com/pages/IDS-Photography
https://www.facebook.com/safuan.cherokee
https://www.facebook.com/amin.hussin.31




Selasa, 14 Ogos 2012

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Nak Cakap Pada Lelaki


Maaf pada blog Gee selongkar..Gee tertarik artikel ni di sebuah blog..so Gee kopi pes la..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

I WANT TO BE MODEL..!!!!

Masa zaman sekolah dulu Gee suka sangat gunting gambar model-model yang cantik & terpilih di majalah..pastu tampal kat mana-mana boleh tampal..Banyak-banyak majalah..Paling fanatik & x miss beli MAJALAH DARA.COM..

JENG..JENG.. tapi dah banyak hilang sebab orang xkembali semula apabila pinjam..Waaaa...sedih tau



Pengenalan Dara.Com...kau ada???

Dari pengenalan lagi Gee (tahun 1996) hingga sekarang beli.. Pembetulan yee..Edisi Pengenalan Majalah Dara.Com ni Kawan Gee(Salma Hizum) bagi..MIZZ her..Bila dah tertarik kau memang debum..Gee pun beli tiap-tiap bulan..

>>Kenapa Gee suka dengan Majalah Dara.Com dari dulu hingga sekarang??

1) Majalah berunsur muslimah
2) Kecil,padat & memuaskan hati
3) Tempat rujuk apa maklumat terutama hukum hakam dalam agama islam
4) Fesyen, makeup dll ade....segala-galanya ada laa...~~ASTRO~~

SO..impian Gee kalau ada rezeki Gee nak ada gambar Gee dalam majalah kesayangan Gee ni..teringin nak ade photoshoot cam model-model...pastu2 nak try make-up cam artis...hehe..~~wink...wink~~ Wah berangan macam xjijok bumi nah...xsalah kan pasang angan2 kot jadi kenyataan...jangan jelezzzz..ada ke orang nak ajak@ambil Gee model diaorang???HAHAHA!!!



Khamis, 19 Julai 2012

COKLAT MOIST CHEESE CAKE WITH BLUEBERRY..


WAAALLLAAAA...

SEDAP!!! Syok sendiri pulak la....bukan apa happy & puas hati sebab kali pertama buat  COKLAT MOIST CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY.. selalunya gee terow xterow buat kek coklat je..TADDDAA..ini la keknya..2 biji kek sekali buat..hehe..1 biji untuk orang di rumah..1 biji gee bawa ke opis..



COKLAT MOIST CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY


Siapa yang nak try buat boleh la..memang sedap laa...resepinya gee amik di www.facebook.com/zunainah.paiman..SELAMAT MENCUBA!!

BAHAN A :
2 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn gula halus
1 cwn minyak masak
*1 cwn serbuk koko

*2 cwn tepung gandum
*1 s/k baking powder
*1 s/k soda bicarbonat
1 s/k esen vanilla
1 s/k cocoa emulco@perisa coklat(x de x pe)
BAHAN * DIAYAK BERSAMA...
BAHAN B : 1 cwn air panas...

CARA2: Pukul telur bersama gula sehingga gula hancur dan kembang...masukkan vanilla + cocoa emulco dan putar sebentar..masukkan susu..putar lagi dan masukkan minyak dan putar sebentar..dan masukkan bahan yg telah diayak...apabila da sebati masukkan air panas dan kacau sehingga sebati...
Masukkan kedalam loyang yg telah disapu dengan majerin dan alas dengan kertas minyak biar senang nak keluarkan nti...
Panaskan oven dahulu...bole dimasak dalam 30-45mnt..sehingga atasnye kering tuk letakkan lapisan cheese

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B
blueberry jem secukupny



Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 30-45min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...sudukan cream cheese td perlahan2..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan blueberry jem atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...
**Siap...
**Biar btul2 sejuk baru potong....

Ahad, 17 Jun 2012

AIR MATA UMPAMA SEORANG IBU..13 Jun 2012

Rutin harian ku adalah seperti biasa...


6.00a.m : Bangun..solat..buat kerja rumah apa yang patut..termasuk bagi makan minum kat rabbitku (breakfast tak disediakan sebab xmakan pagi sangat )
7.15 a.m : Hantar adik & kawan2 nya ke Sek. Men. Muhammadi Muhahammad GM..
8.00 a.m - 5.00 p.m : Ofis Hour
5.15p.m : Sampai di rumah my family..pasti ada anak kecil yang menanti kepulanganku..dia la membuatku hilang masalah @ bebanan kerja di ofis.. Selepas memeluknya..dia berkata " Ma..cik" "Ma..cik" (ma..tasik) tapi ku tak hiraukan..sebab harini ku berpuasa wajib lagi & mahu buat kandang rabbitku juga..


Sambil beri makan kat rabbitku..aku, umi & abii serta hafiy berbual-bual. .kami terlepas pandang pada anak kecil yang asyik bermain dengan rabbit..tiba2 dengar tangisan anak kecil..kami semua jadi panik..rupa-rupanya jari anak kecil itu telah digigit oleh rabbit(ibu beranak kecil)...aku cuba cucuk hidung rabbit itu moga ia melepaskan gigitnya...selepas jari anak kecil itu dilepaskan..ku mendapatkan & memeluk anak kecil itu yang sedang menangis menahan kesakitan..ku tahu walaupun anak kecil itu  tak dapat nak luahkan dengan kata-kata kesakitan yang dirasai..dengan tangisannya ku dapat rasakan..selepas sapu ubat gamat & balut..Umi, abi, ma & hafiy bawa anak kecil itu ke hospital GM..aku  tak dapat pergi sebab kerana terlalu panik membuatku rasa kenaling(nervous) bagai nak pitam..mungkin efek tak bersahur pagi tadi..sambil memikirkan pasal anak kecil itu..aku terlelap sampai waktu maghrib..


P/S : JANGAN amalkan TIDUR selepas waktu ASAR


Selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib..aku bergegas ke hospital untuk melihat anak kecil itu...bila di hospital, guard tidak membenarkan masuk kerana bukan waktu melawat..masa itu aku dah mula menangis tanpa menghiraukan perasaan malu & orang ramai..bila melihat keadaanku..akhirnya guard benarkan aku masuk juga..aku mendengar suara tangisan anak kecil itu tapi seluruh hospital aku cari tapi hampa..beberapa minit aku cari semula suara itu..akhirnya jumpa juga anak kecil itu..aku dapatkanya & memeluknya..aku x tak dapat menahan air mataku jatuh bila melihat anak kecil itu..dengan mata bersinar & masih berair, anak kecil itu memandangkku.."Maa.." sambil menunjuk tangan yang berbalut..bertapa sayunya ku melihat ke dalam mata anak kecil itu..ingin saja ku mengganti kesakitan yang dia alami..aku tak sanggup melihat anak kecil itu menangis & sakit..


Jam menunjuk 8.30p.m..Masih menunggu keputusan x-tray jari anak kecil itu..beberapa minit doktor datang sambil di tangannya ada beberapa filem x-tray..Apabila filem x-tray ditunjukkan kepada kami..ada kesyukuran dan kelegaan apabila keputusannya bahawa jari anak kecil itu boleh diselamatkan..Pada mulanya doktor ingin menjahit dua jahitan pada jari anak itu..apabila melihat anak itu menangis..doktor memutuskan untuk menggamkan saja..masa itu aku masih mendukung anak itu agar dapat menenangkannya sambil doktor serta pembantunya menjalankan tugasnya..


9.00p.m..Doktor selesai menggamkan luka dan memberi suntikan kepada anak kecil itu..Kami sekeluarga meninggalkan hospital dan menuju ke kedai makan kerana aku telah berjanji untuk belanja family dinner malam ini ..


ALHAMDULILLAH..walaupun di hati terasa bersalah sangat-sangat terhadap anak kecil itu..ia sebuah pengajaran bagiku..


INI SI KECIL ITU..PERMATA HATIKU..(MY LOVE NEPHEW)


NUR ALISYA INSYIRAH BT MD AL-FIAN..MUAHX SAYANGKU..sayang ketat-ketat





Rabu, 13 Jun 2012

BLOG ORANG CANTIK..MENARIK..KAU MEMANG DEBUM!!!


I'M BACK...RINDUNYA...MUAHX..MUAHX(versi gedik)


Lama betol x memblog..hampir 8bulan..tunggu sebulan lagi beranak pinak la..time2 duk sorang2 kat ofis(bos outstation)..BOSAN..BORING..ado belako la..mula la jengah balik my blog..dah tapai jadi..peeehhhh!!!


Blog paling xmiss http://www.borakkosong.com...tak2 blog resepi,fesyen...wat mana femes2 & menarik bagi GEE...

nok cito siket..harini tiba2 terskodeng blog orang cantik+comel+marbelesss la...senang2 model la..


1) Fatin Liyana

 Blog si cantik ni...mengisahkan aktiviti dia & tip2 yang dikongsi pada pembaca2..nak tau lebih lanjut sila la klik & baca..


2) Engku Sulwani

..yang pun si cantik jugak..gambar2 dia pun cantik2 belako..tuannya lagi cantik laa


**P/S : minta maaf kepada cik2 yang punya blog..bekenan je(jadi seperti cik2)

Itu saja yang dapat skodeng harini...sepajang boss xde(gaji buta ke..)


Sekian...terima kasih..