Rutin harian ku adalah seperti biasa...
6.00a.m : Bangun..solat..buat kerja rumah apa yang patut..termasuk bagi makan minum kat rabbitku (breakfast tak disediakan sebab xmakan pagi sangat )
7.15 a.m : Hantar adik & kawan2 nya ke Sek. Men. Muhammadi Muhahammad GM..
8.00 a.m - 5.00 p.m : Ofis Hour
5.15p.m : Sampai di rumah my family..pasti ada anak kecil yang menanti kepulanganku..dia la membuatku hilang masalah @ bebanan kerja di ofis.. Selepas memeluknya..dia berkata " Ma..cik" "Ma..cik" (ma..tasik) tapi ku tak hiraukan..sebab harini ku berpuasa wajib lagi & mahu buat kandang rabbitku juga..
Sambil beri makan kat rabbitku..aku, umi & abii serta hafiy berbual-bual. .kami terlepas pandang pada anak kecil yang asyik bermain dengan rabbit..tiba2 dengar tangisan anak kecil..kami semua jadi panik..rupa-rupanya jari anak kecil itu telah digigit oleh rabbit(ibu beranak kecil)...aku cuba cucuk hidung rabbit itu moga ia melepaskan gigitnya...selepas jari anak kecil itu dilepaskan..ku mendapatkan & memeluk anak kecil itu yang sedang menangis menahan kesakitan..ku tahu walaupun anak kecil itu tak dapat nak luahkan dengan kata-kata kesakitan yang dirasai..dengan tangisannya ku dapat rasakan..selepas sapu ubat gamat & balut..Umi, abi, ma & hafiy bawa anak kecil itu ke hospital GM..aku tak dapat pergi sebab kerana terlalu panik membuatku rasa kenaling(nervous) bagai nak pitam..mungkin efek tak bersahur pagi tadi..sambil memikirkan pasal anak kecil itu..aku terlelap sampai waktu maghrib..
P/S : JANGAN amalkan TIDUR selepas waktu ASAR
Selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib..aku bergegas ke hospital untuk melihat anak kecil itu...bila di hospital, guard tidak membenarkan masuk kerana bukan waktu melawat..masa itu aku dah mula menangis tanpa menghiraukan perasaan malu & orang ramai..bila melihat keadaanku..akhirnya guard benarkan aku masuk juga..aku mendengar suara tangisan anak kecil itu tapi seluruh hospital aku cari tapi hampa..beberapa minit aku cari semula suara itu..akhirnya jumpa juga anak kecil itu..aku dapatkanya & memeluknya..aku x tak dapat menahan air mataku jatuh bila melihat anak kecil itu..dengan mata bersinar & masih berair, anak kecil itu memandangkku.."Maa.." sambil menunjuk tangan yang berbalut..bertapa sayunya ku melihat ke dalam mata anak kecil itu..ingin saja ku mengganti kesakitan yang dia alami..aku tak sanggup melihat anak kecil itu menangis & sakit..
Jam menunjuk 8.30p.m..Masih menunggu keputusan x-tray jari anak kecil itu..beberapa minit doktor datang sambil di tangannya ada beberapa filem x-tray..Apabila filem x-tray ditunjukkan kepada kami..ada kesyukuran dan kelegaan apabila keputusannya bahawa jari anak kecil itu boleh diselamatkan..Pada mulanya doktor ingin menjahit dua jahitan pada jari anak itu..apabila melihat anak itu menangis..doktor memutuskan untuk menggamkan saja..masa itu aku masih mendukung anak itu agar dapat menenangkannya sambil doktor serta pembantunya menjalankan tugasnya..
9.00p.m..Doktor selesai menggamkan luka dan memberi suntikan kepada anak kecil itu..Kami sekeluarga meninggalkan hospital dan menuju ke kedai makan kerana aku telah berjanji untuk belanja family dinner malam ini ..
ALHAMDULILLAH..walaupun di hati terasa bersalah sangat-sangat terhadap anak kecil itu..ia sebuah pengajaran bagiku..
INI SI KECIL ITU..PERMATA HATIKU..(MY LOVE NEPHEW)
NUR ALISYA INSYIRAH BT MD AL-FIAN..MUAHX SAYANGKU..sayang ketat-ketat
